Wednesday, February 2, 2011

Pejabat pendaftaran.

Hari ini, aku ke pejabat pendaftaran? Untuk buat apa?  sebab nak buat sijil nikah. LOL joking joking.. just joking~ no way i will be married dalam umur macam ni. ^^ No way hozayyy~

Aku ke sana sebab aku kena buat IC baru. (akhirnya!). dah genap 18 tahun, a month ago. Aku masuk masuk je, masyaAllah! penuh sungguh tempat duduk. Caca dah mengeluh sebab nak duduk. Tapi aku buat dunno, yelah aku nak tolong macam mana, dah memang penuh tempat duduk, takkanlah aku nak gi tampar pulak mak cik depan aku suruh dia belah semata-mata nak bagi adik aku duduk. itu melampaui batas. =,="

Aku pergi ke kaunter nombor 1, ambil nombor giliran.

 Sekali ada sorang abang ni tegur aku, aku tau tu abang sebab dengar suara garau laki.

"Assalamualaikum, hai awak.. nak buat apa ni?"

aku pandang atas, terkejut gila! ehhh!? hampir terlepas nama tu dari mulut aku. Tapi seb bek aku cover.

 Abang tu sengih tengok aku, malu malu. pehal nak sengih sengih ni.

Aku jawab, "buat IC lahh".
 Aku pergi jauh dari dia, fobia dengan laki yang tak dikenali.

Aku duduk sebelah adik kecik aku.
 Tak habis habis buat muka lawak dia tu.
 Tak tahan gelak lah aku.
Tiba-tiba mak cik sebelah aku tegur aku.
Apa pasal lah harini semua orang nak tegur aku. Haihhh segan aku.

mak cik unknown" anak ni datang sini nak buat apa?"

Aku "Saya nak buat IC mak cik" jawab dengan sopan.

Mak cik unknown, "owhh, gambar IC mesti cantik nanti ni, muka anak ni elok. Lawa orangnya. Umur bape nak?"

Aku telan air liur. Mak cik ni buat lawak .

Mak aku mencelah, " tahun ni masuk 19"

Mak cik tu buat t
muka tenang habis mungkin, gabra aku dibuatnya,

"iye ke? mak cik ingatkan budak budak lagi. haha. dah boleh buat jadi menantu lah ni ye nak?Kalau boleh, mak cik nak pinangkan untuk anak laki mak cik boleh? " mak cik tu pandang aku, sengih.

Aku senyum and senyap je,
mak cik ni kenapalah tak habis habis nak menyakat aku.

Nombor aku kena panggil. YES! akhirnya dapat mengelak daripada terus diusik oleh mak cik tu.
 Dalam fikiran aku, aku fikir, aku nak do the best dalam sesi fotografi. Sebab IC ni hak milik selama-lamanya(kata member aku)

Adik kecik aku ikut aku.
Time tangkap gambar, abang klon tu datang, tengok aku.
Senyum lagi.
Adik aku yang kat sebelah tak habis habis buat lawak, time sesi fotografi, so akibatnya gambar IC aku, tersengih macam ape je.
 Thanks to Caca.

Selesai tangkap gambar, kak Imah(aku tengok name tag dia) mintak butiran data pengenalan diri aku.
Sempat aku tengok name tag abang yang menyibuk tu

"ahmad Fauzi"

. Abang tu macam tak de kerja je duduk sibuk kat situ. Dia tengok data-data aku, dia kata

"ohhh, nama panjang. nak panggil ape ni?" aku diam je.

Tak lama lepas tu akak tu mintak nombor hanset aku.

Aku pandang mak aku,

"mak, akak bagi nombor mak lah eh".

Lepas tu abang tu mencelah, "eh, nape nak bagi nombor mak? bagilah nombor awak"

aku tanya dia balik, "Tak boleh bagi nombor mak ke abang?".

akak tu pulak mencelah, "Boleh je dik, sapa kata tak boleh,".

Aku pandang mak aku, mak aku bagi kata putus, "bagi nombor akaklah".

 Aku mengalah, haihhh. aku bagi jelah nombor aku.

 Then encik Fauzi tu menyibuk lagi, "Ni nombor maxis ke celcom?".

aku jawab seringkas mungkin, "maxis".

Habis urusan aku, aku terus belah dari situ. Bosan plus penat. =,=" penat melayan orang jabatan Pendaftaran negara and mak cik unknown.

Baru dua tiga tapak aku beredar, aku dengar abang tu panggil aku,

aku toleh,

dia sengih

 and hulur something kat aku.

Kertas IC sementara aku,

aku tertinggal.

aku keluar dari tempat tu selepas ucap terima kasih.

p/s: aku tak tau nak tulis ape sebenarnya, tapi ni ape yang berlaku, pasal Romeo and Juliet. Coming soon. :)

4 comments:

aeisyah.yazeedah said...

pergh da ade org merisik. lawa nyerr

Amira Chan said...

banyak ahh~ mak cik tu perli tuuu~ huuuu~ (duduk di sudut yang terpencil dengan aura hitam)

si rancak menulis said...

chan,aku tag kau dalam blog.check tau ! (:

Amira Chan said...

Yan! okay! thanks sayang :)