Monday, July 23, 2012

Cara tackle hampeh

Assalamualaikum and salam sejahtera gua ucapan. Salam satu Malaysia. ewah.

Well, dah lama tak post pasal love love bagai ni. kan? kan? kan?
ape macam gua nak post pasal LOVE ni, so sila excited lebih sikit.

Okay apa yang gua nak ketengahkan adalah CARA TACKLE YANG HAMPEH. Mostly ending akan di"friendzoned"

SITUASI 1
Gadis ayu berjalan dengan lenggang lenggok di hadapan si jejaka yang membawa motor Kawasaki

Gadis: Eh, mat tu style lah pakai Kawasaki tu you, nak try flirt flirt dengan dia lah (berkata dalam hati)

Si gadis pun buat buat jatuh kedebuk di hadapan mat yang style

Gadis: ouch! (Gaya paling ayu dan manja)
Mat: eh, awak okay? (Meluru ke arah gadis)
Gadis: Tak berapa okay lah, tolong tarik i bangun boleh? (Kelip kelip mata)
Mat: Eh, emmm, bukan taknak tolong, tapiii..
Gadis: Tapi apenya? Tolonglah, saya sakit ni
Mat: Tapii, kita bukan muhrim mana boleh pegang pegang suka hati. maaf (senyum)
Gadis: (bangun sendiri dengan perasaan malu)

KOMEN GUA
Wahai gadis yang ayu lagi comel. Please jaga maruah kita as kaum hawa.Nak mendekati laki tu, fisrt impression tu kot, jangan senang-senang beri diorang apa yang tidak patut diberi.
Haaa, kalau dapat laki baik cengini takpe lagi, malu sendiri jela, diri tetap terjaga, kalau dapat laki main taram je, haaa, kan dah tak terjaga. Memanglah sikit je sentuhan, tapi sikit pun still HARAM.

_____________________________________________________________________________
SITUASI 2
Si gadis on facebook and nampak crushnya online

Gadis: Omaigadddd, dia dah on, malunya (Berkata dalam hati)

Si gadis mengambil keputusan menegur Mat di chat facebook.

Gadis: Hai Mat :)
Mat: Oh, hai, terkejut aku.
Gadis: Awak buat apa tu?
Mat: Takde buat apa, tengah bosan. kau?
Gadis: Oh, bosan? saya pun, jom keluar sama sama nak? kita bedua je.
Mat: Bila?
Gadis: sekarang lah, kata bosan :)
Mat: Kau biar betul.
Gadis: Betullah, kira cam dating, nak?
Mat: *offline*

KOMEN GUA
*Hulur parang* Sila sembelih diri sendiri.
Ha, kalau korang cengini macam mana korang nak berhadapan dengan crush korang tu nanti? Haih, belum tentu crush kita tu suka kita jugak kan? Yang terhegeh hegeh awatnya.
 Jangan guna alasan kononnya loyar buruk, kata-kata boleh bawak padah tau uols.
Sebagai contoh, macam situasi atas, haaa, terus offline. hambik, terus melepas, malu pun dapat.
 ________________________________________________________________________
Okay, tu antara cara yang hampeh la. Gua sebenarnya nak tekankan pada kaum hawa semua jaga diri je. Boleh suka dekat orang tapi berpada-pada, perkataan tu jaga, tubuh tu jaga.

Kalau diri kita tu berpenampilan baik, perkataan yang dikeluarkan pun baik baik, ramai orang akan suka kita tau. Hati yang cantik tu sangat di"admire" orang tau.

Gua pun boleh jatuh hati dekat gadis yang baik ni.

 Jatuh hati as kawan okay, gua straight bukan lesbian


So, peace yaw, jumpa lagi di post akan datang.


16 comments:

Fiza Suhaimi said...

Hahaha.. Memang memalukan.. :D

Chan said...

tau takpe. =.="

the fikirman said...

perasan fame . hambiikk kau...

Chan said...

hahahaha. tak pepasal melepaskan. lol

unsecretostory said...

Hahaa . malu sajaa , hadoii -.-''

Chan said...

jangan jadi macam tu sudah okay. haha

fadh leyanie said...

konklusinya jgn terhegeh-hegeh..bila terhegeh2 kat someone yg kita suka akan mnimbulkan perasaan meluat yang mnjurus kpd mmbenci.:P

Chan said...

anda betul! bijak!

Nurlyla said...

haha, malu sungguh kalau jadi pompuan tu..

Chan said...

kannnn? macam takde maruah

maizatul azrina Yaakob said...

haha sangat betol..xyah lar nk gedik2 kn dekat lelaki..belum tentu dia suka kita kan haha

Mimieesyeerro said...

setuju sgd ngn entry ni :)) keep it up .

aeisyah.yazeedah said...

chan, bagi la tips mantap skit..hampeh la kau nie haha

Anonymous said...

I observed your blog using google and I must say, this is most likely one of the greatest nicely ready articles I have come across in a long time. I've bookmarked your site for more posts.

Cik Bunny said...

your doodle dah siap =) http://bunnyinspired.blogspot.com/2012/07/senarai-segmen-free-doodle-by-bunny.html

Anonymous said...

These are impressive articles. Keep up the noble be successful.