Friday, July 20, 2012

Nak jadi baik memang senang

Assalamualaikum and hai hai re hai *nyanyi lagu kuch kuch ho ta hei* 

Well, harini gua meRAJINkan sikit diri gua untuk menaip.
Al-maklumlah nak puasa esok *eceh ape kena mengena tah menaip dengan puasa*

Okay okay, serious mood everybody, gua nak mulakan bicara ni. *Duduk bersila dihadapan anda semua*

Nampak tajuk diatas? Kalau tak nampak sah anda jenis bukan suka baca tajuk dan sah anda bukan jenis baca blog gua.
Betul ke statement dekat atas? Kalau setuju sila angkat tangan sampai nampak ketiak sekarang.

"NAK JADI SENANG MEMANG SENANG"

Lagi lagi time bulan puasa. Kenapa gua cakap senang?

Sebab Allah dah bagi dah list list amalan untuk kita buat time bulan Ramadhan.

Malah syaitan pun dah diikat time bulan Ramadhan.
Hangpa nak buat jahat atas alasan,
"haih setan hasut aku la ni"

Hotak hang, bulan Ramadhan mana da syaitan, melainkan hangpa sendiri yang berperangai macam setan.

Jangan eh kawan kawan jadi macam syaitan, enggan sujud pada Adam bila Allah perintah dia buat cengitu. *tunjuk jari kata jangan*

So apa alasan korang lagi untuk TIDAK JADI BAIK pada bulan Ramadhan ni?

Tak tau apa amalan yang boleh dibuat selain puasa?

Mai gua listkan untuk korang mai memandangkan gua sangat free.
Lagipun sharing is caringkan *gaya gedik mintak penampor*

Antara mende yang korang boleh buat :

1) Bangun tengah malam

Haaaa, boleh lah korbankan beberapa minit masa stay up korang yang mostly dihabiskan dengan mende mende feberet korang seperti bergayut mengalahkan monyet, main game like a boss, mahupun movie marathon. Sekejap je bro and sis, tak lama pun. janganlah kedekut masa eh. Luangkan sedikit masa tu dengan Allah apa salahnya. *sengih comel*

2) Bangun before pukul 10 ke 11 pagi
Gua tau korang ni mesti jenis suka tidur lepas subuh pastu bangun time time cengini. Or korang masih lagi terkangkang and kuak lentang kat katil time ni? kalau masih lagi bergelut dengan selimut sila bangun dan amik wuduk, solat dhuha dua rakaat kejap. mudah mudahan dimurahkan rezeki. ameen

p/s: Lagi bagus kalau lepas subuh tak tidur balik.

3) Baca al-quran biar habis 30 juzuk dalam masa sebulan
Haaa, mende ni aku percaya dan sangat yakin kita semua boleh buat. Yela, semua orang jenis kalau baca komik, majalah, buku revision, buku text and novel berjam jam. Kalau surat awek or pakwe pun korang mesti nak tengok banyak kali kan? apa salahnya baca surat cinta dari Allah ni banyak kali jugak? 1 juzuk sehari pun alright pe?

4) Setiap kebaikan adalah sedekah

Okay korang kata korang setakat tanam anggur je and takde duit nak sedekah? Takde masalah, senyum dekat orang sekeliling pun dah dikira sedekah, bagi salam dekat orang lain pun dikira sedekah. Haa, senang aku habaq hang.

5) Stop puji artist, start puji Allah and Rasulullah SAW.
Ni lagi satu, dopolohpat jam duk lah menjerit jerit  
"awwwhhh comelnya bibir (bieber) ".
 "Omaigash,Kak Anita sarawak lah you"  
*menjerit sambil berlari mintak penerajang*. 
Please people STOP behaving like this and mulalah ucapkan
"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR" 
and berselawatlah. Lagi banyak faedah.

6) Kurangkan kontroversi tingkatkan iman.
Mulut alahai mulut cukup cukuplah jadi celupar and membawa cerita. Cukup cukuplah mengata-ngata. Mulut and kata boleh membinasakan kita, tersilap guna, boleh jatuh ke neraka dan diazab. Maka hati-hati lah eh rakan-rakan.

7)Alang alang tarawih, kita solat fardhu berjemaah
Sambil menyelam minum air, sambil ke surau untuk solat  tarawih , apa kata ambil kesempatan solat berjemaah terus? Haa, berganda-ganda pahala tau you.


Maybe mostly akan cakap, ahhhh CHAN ni setakat taip memang lah senang, cuba buat memang rasa susah.
Ni aku nak cakap lah, takde mende yang susah melainkan korang yang buat mindset korang jadi susah.
Aku bagi tips bergantung pada korang nak buat ke taknak.
 
Manusia ini hanya menyampaikan supaya kita sama sama rebut pahala tu.

Cuba banyakkan pahala tu dalam bentuk barang paling korang suka, mesti korang beria nak dapatkan mende tu kan?
GUA GERENTI LAH.

So salam RAMADHAN dan selamat beramal!

Daa~ See you later dude.




7 comments:

Eyqa Lovetta said...

CHECK IT OUT...
kene usaha lebih je kalau nak jadi baikk..heheh.. XD

Chan said...

Agree! :D

zacky786 said...

hang btoii..
aku stuju ..` :) tp mmg laa.. sy berazam pose thun ni nak wt b'sgguh2 .. bkn utk brbuka shaja ..

Chan said...

Ameen! semoga kita sama2 berjaya

piko pink said...

btol2....kne usaha la ye

Chan said...

jom sama2 usaha :3

Nurlyla said...

insyaAllah. . :)