Friday, November 23, 2012

KLU DIRI DISAYANGI

Assalamualaikum and salam sejahtera and salam satu Malaysia. Ecewah semangat kenegaraan sedikit ya.

Bagi sesapa yang terdetik di hatinya untuk baca blog ini, terima kasih gua ucapkan. Gua pasti lu akan dapat hadiah paling best by the end lu baca blog gua.

Okay kembali formal, saya baru habis Block I, First Year. Maksudnya dah 3 bulan berada di bumi India hoi.   Mohon bulan 2 tiba dengan cepat, nak balik nak balik nak balik. (p/s: Tiket balik bulan 8 pun dah beli uols)


Tanpa melengahkan masa lagi, harini ayat gempak title gempak dengan harapan memberi impak yang superb gitu dekat korang. Pemilik blog ni nak reveal klu klu macam mana nak tahu diri korang tu disayangi atau tidak.

Ini berdasarkan pengalaman pemilik blog ini sendiri dan disahkan benar oleh pemilik blog ini juge.

Al kisah bermula bila aku stress gila nak mati sebab tak habis study untuk exam. (rasa nak pecah kepala hoi)

Tiba tiba pintu bilik diketuk.

Aku berdebar kemain, umpama kekasih hati aje yang ketuk , maka dibukanya perlahan lahan pintu takut bukak lelaju tercalar kesopanan i as perempuan.

"Assalamualaikum" Diri dihadapan pintu menyapa.

Terukir satu senyuman di muka. (ecewah jiwangnyaaaaaaa)

Husna pun ada menemani seorang hamba allah yang dihantar olehNya.

"Jemput masuk, maaf bilik bersepah" (gaya ayu gua yang tak boleh blah)

Sapaan yang sungguh menggembirakan hati, gua beborak malu malu dengan Si hamba Allah ini. Oh Husna pun join sekali jugak.

Tapi bila detik si insan bertanya "Exam macam mana? Okay?"

Pergh jantung bagai nak pecah time ditanya tu, air mata bagai nak bertakung tapi tak bertakung time tu.

"ermm, entahla" jawab gua bersahaja.

Ikutkan hati mahu meluahkan segalanya tapi apakah daya, gua malu meluahkannya.
Akhirnya, Si insan minta untuk undur diri, dihulurnya kek coklat dan sekeping gambar sebagai hadiah.

'terima kasih'

Once again, gua lonely, Husna pun dah blah time tu, gua termenung kejap masih terfikir fikir pasal exam yang entah pape. Dibeleknya sekeping gambar yang diberi. Eh ada kata kata yang ditaip cantik.

"Setiap kali Allah mengujimu dengan sesuatu ujian, ingatlah kamu berada di dalam pelukan kasih sayang Allah"

ya Allah , time tu memang tersedar sendiri, aku selalu pertikaikan kenapa aku diuji, why baby why kununnya. Tapi aku tak pernah nak hargai ujian tu.

Aku pegang kata kata tu sampai habis exam block.


Then semalam jeng jeng jeng

Conversation with Budak comel

Aku :  ingat ni, dugaan ni tanda kita dalam pelukan kasih sayang Allah.

Budak comel  : Aku rasa dugaan ni Allah turunkan atas silap aku sendiri sebab aku tak usaha sangat pun.

Aku : Hmmmm. Ha, Allah turunkan ujian ni kat kau sebab kau tak usaha sangat kan? Maka kasih sayang Allah tu ditunjukkan jugak, so that Allah nak kau sedar silap kau and berusaha in the future. Kalau   Allah tak uji kau mesti tak sedar. So kau still berada dalam pelukan kasih sayang Allah. Heee"

Budak comel   : betul betul.


So, people, kasih sayang tu sentiasa berada dengan kita. Allah love us, so why don't we love Him back? Stop persoalkan apa apa, just muhasabah diri balik. You will find your answer. In shaa Allah.

p/s: Thank sangat kak Yana for the kek coklat and for gambar tu! 

peringatan pada diri: Block baru diri baru, gua nak jadi ayu plus study bebetul. ecewah