Thursday, August 2, 2012

Ragam student edisi bulan Ramadhan

Assalamualaikum and salam 13 ramadhan. (ewah kemain)

Nampak tajuk entri tu? Kalau tak nampak sila jolok biji mata dengan sudu sekarang (hulur sudu camca besar)
Tadi update pasal GA, sekarang gua mahu bercerita. hewhew.Kalau taknak dengar sila berambus sekarang. (maaf ayat kasar, memain je.)

Okay seperti yang anda semua tidak tahu gua sedang bercuti dan disebabkan kebosanan yang melampau-lampau dan desakan $$$ yang makin berkurangan gua ambil keputusan nak jadi cikgu tuisyen.

Jangan main main okay, i cikgu Biology SPM dengan english PMR. (nak mampus aku ngajar)
 Now dah masuk minggu keempat aku ngajor(bahasa pengak) and aku boleh get along dengan students aku (except segelintir bebudak PMR)

Macam macam ragam aku jumpa as example

MAT KASANOVA 
Ni kes kes muka student yang macho sikit. Masuk kelas punya lah lambat. Bila dah masuk kelas boleh pulak buat suara macho mintak maaf. Tapi yang bagusnya student stock stock macam ni lah penyeri kelas, kalau depa takde kelas sunyi semacam kot (pura pura pengsan).
SANG GENIUS
Species ni pun ada jugak aku habaq hang. Stok stok genius ni, haritu aku dapat tangkap diorang baca komik time aku mengajar. Konon nak test dioranglah kan, aku pi suruh diorang jawab soalan dekat depan, and guess what diorang jawab dengan sangat tepat. So, there is nothing i can do, nak marah pun tak boleh, dah sedia genius.

SI BUDAK NERD
Kalau sebut nerd mesti hang membayangkan si kaca mata tebal oldschool gitu. Dalam kelas gua, si nerd tak macam tu, si nerd kalau yang perempuan cun habis, yang laki handsome guy. Seriously. Tapi macam mana dapat pangkat nerd? Student yang ni, setiap masa pegang buku revision and otak penuh dengan fakta. Bergurau pun tidak, main main pun tidak (eh macam sama je maksud dua perkataan tu?) Yang pastinya diorang ni bijak pandai.

THE POKER FACE

Ha, species ni pun ada jugak. Kalau gua tanya satu depa jawab satu takpe jugak. Ni bila aku tanya

"Faham tak?"

 Cengkerik jawab
"krik krik krik"

Aku tanya
"Tak faham tang mana?"

Sekali lagi cengkerik jawab
"krik krik krik"

________________________________________________________________________
Sekian, tu lah species bebudak dalam kelas gua. Gua dah kata kan awal awal tadi, gua nak bercerita, haaa, sesapa yang rajin membaca sampai ke akhir trimas trimas. Lu memang kipas susah mati gua.

Oh, by the way, bagi sesapa yang baca ni, ada idea macam mana aku nak buat species the invisble tu meng"visible"kan diri mereka?

Ada orang kata aku ni lemah lembut ? Seriously lemah lembut ke? (muntah)


Gua rasa takdelah lemah lembut sangat. So, hopefully korang boleh bagi cadangan. Sekian. :D

p/s: Gua rasa nak buat video ala ala Ainan Tasneem or Najwa Latif, paling busuk pun macam Mtaluthfi. Acane? alright tak? (eceh bajet nak mampus)










5 comments:

belog lang said...

Haha..yea generasi Y skrg..susah nak handle..tpi itu sikap semulajadi kebanyakkan dieorang..

Razil Tahir said...

Saya budak nerd!
Tapi sekarang saya tengah cuti...
Hohohoho

Shiqin Sunshine said...

kelakar la...huhu, macam2 ragamnye...=p eyh nak wat gak vlog ke..hehe...

N'Craft said...

kat sekolah rendah ada 1 species..species liar, tak reti dok diam -_-"

K said...

buat jela. nak tengok jugak video tu cemane.