Wednesday, March 2, 2011

SONGKOK

Sejak kelmarin bila aku jumpa je Si Izzat aku mesti jadi gelabah gila nak mati. Takut nak tengok dia, tak sanggup nak pandang raut wajah dia (asal ayat poyo ni?)

Tapi makin aku nak elak dari Izzat, makin kerap pulak aku jumpa dia. Pergi kelas aku terserempak, pergi cafe pun terserempak, malam pergi tengok performance pun nampak jugak. Memang tak boleh nak lari dari dia.

Semua gara gara songkok dia yang aku mintak pinjam (Permintaan sahabat sahabat Blue Sonic). 

Tapi boria kitaorang macam "WHATTT??" [faham faham sendirilah, bak kata Is, "boria kita macam s**k kan? arai ah sebab nye]. to me? no comment~

Pesanan orang tengah antara aku dengan Izzat, (Harith)

Harith: Izzat pesan, jangan bagi kena air.
Aku :What?
Harith : Barang orang bagi, jagalah elok elok.
Aku: Ok ok.

wait, korang mesti tertanya tanya kenapa instead of Harith, aku pergi pinjam songkok Izzat? sebab aku saja saja ke? Tak jugak. This is what happen before scene di atas:

Conversation dalam phone:

aku : Harith, aku nak pinjam songkok Izzat.
Harith : Ok, nanti aku bagitau dia, tapi....
Aku : Tapi apanya pulak?
Harith: Kenapa tak pinjam aku punya aje?
Aku : Aku tak nak.
Harith : Kenapa pulak?
Aku: Miss kata nak kepala besar, kepala kau kecik.
Harith : Haahahaha

Ok, ok. kita go on dengan scene seterusnya. Boria dah habis, so now songkok Izzat ada dekat Arai(Our tukang karut). 

Esoknya aku terserempak dengan Haarith and Izzat. Izzat buat gaya sarungkan songkok dekat Harith. Then, Harith terus pergi jumpa aku. "weh, Songkok?". Dengan rasa segan gila nak mati, aku jawab, "Dekat Miss Hija". "ohhh, ok, bukan apa, Izzat tanya".

Then the next day, aku mesej Miss Hija mintak songkok. Dia kata dekat Arai lagi. So aku rilek rilek je lah dulu. Petang tu, Harith tanya lagi pasal songkok. =,=" Naik serba salah aku, jadi aku mesej lagi Miss Hija but kali ni tak de respons.

Hari Isnin, aku pergi kelas Mathematic, konon nak tanya pasal songkok dekat Miss Hija. Tapi dengar pulak berita Miss Hija dah pindah. *Pengsan

sejak tu, aku tidur lena, mandi basah, makan kenyang and etc etc, senang cerita hidup aku berjalan seperti biasa je, just aku makin takut nak jumpa Izzat.

Malam Isnin tu, dengar khabar Miss nak datang, tunggu punya tunggu bukan Miss yang datang, sekali Izzat yang datang. tak pernah pernah dia nak cakap dengan aku, sekali malam tu dia bercakap dengan aku. Gerun gila. Miss Hija? Tak jadi datang malam tu.

Aku duduk terperuk kat satu sudut bilik aku dekat apartment, dengan aura hitam. izzati datang dekat, "Chan, kau ok tak ni?".

Aku jawab dengan horror, "sooonggggkoookkk, wehhh, sooonggkokkk". Izzati terkejut gila macam nampak hantu apa je. "er, Chan, apa kata kau tanya Miss Yanti"

Tiba tiba aku bersemangat balik. YES Miss Yanti lah harapan aku, tapi time lab tadi, Miss Yanti mendownkan aku lagi. Kata kata azreen melemahkan lagi jugak diri aku "Miss Hija maybe tak datang balik kot". ya Rabbi  T.T

tengahari tadi aku pergi staffroom, konon nak selongkar meja Miss Hija, on the way pergi StaffRoom aku terserempak dengan Harith, dia tau cerita sebenar, then dia bagi sign "nanti aku backup kau,so lek lek"

aku buka pintu Staffroom 3, ustaz Johari tegur aku, "ye nak jumpa sapa? saya ka?" usik Ustaz. "er, saya nak pergi kat meja Miss Hija". "Buat apa? Bukan Miss Hijaa dah pindah ka?". aku tunduk, lemah.
ustaz senyum je.

aku teruskan berjalan, Madam Ina merangkap mentor aku tegur aku, "Mira, awak nak cari siapa?". "saya nak cari songkok, madam tau dekat mana?".

Madam senyum, senyum dengan penuh kasih sayang (macam seorang ibu). "Ohhh, yang arai pulangkan semalam? Cuba tengok kat tempat Miss Yana, dia kan gganti Miss Hija as Ketua Kontijen Rumah Biru". 

Boyahhhhh! Akhirnya aku jumpa! Aku ucap thanks gila gila kat mentor kesayangan aku, then aku keluar staffroom. senyum lebar, taubat lepas ni taknak pinjam barang Izzat dah. Aku pegang songkok tu dengan erat, terjumpa Harith secara kebetulan. Harith sengih tengok aku, tak perasan kat tangan aku ada songkok Izzat.

Aku halang jalan dia, dia angkat kening, terus aku hulur songkok, ucap thanks and sorry. dia just bagi respons "ohhh". maybe sebab terkejut tengok reaksi aku. :P

Apa apa pun.TOBAT aku tak nak wakilkan sape sape nak pinjam barang dari budak laki. T.T




2 comments:

sayasukanutella said...

gaya cerita overrr. hahaha

Chan said...

biarlahhh.. hahaha