Saturday, May 14, 2011

I almost shot him.

"Weh, cepat line clear"

"Oh damn! dia nampak aku!"

"lari weh lari!"

Keadaan jadi tegang.
Peluh membasahi dahiku dan bajuku*bau jangan cakapla,

Supian, Iwan, Syuhada dan Syah.
Ahli perempuan sudah berjaya ditumbangkan. Tinggal lagi dua orang jejaka.

Aku dipertanggungjawabkan untuk menumbangkan mereka, penyangak penyangak negara.

Bang!

Satu lagi das tembakan tepat mengenai Pian. YES! Tinggal seorang sahaja lagi dan orang yang terakhir terkenal dengan kelicikannya.

Penat? Tiada erti penat dalam tugas sebegini, aku mesti terus berusaha mendapatkan Iwan si tangkas berlari *bekas olahragawan sekolah.

Dan akhirnya Iwan rebah sendiri, jatuh tersungkur kerana kaki tersangkut pada akar pokok.*dan dan tu jugakla

Aku menarik kolar baju T nya dan berkata,

"You are over"

Aku acukan pistol tepat pada kepalanya. Hampir sahaja menekan picu pistol..
Tiba-tiba,

"Kak Mira dah lah tu, dah senja ni balik!"

"alaaa ma kejap je lagi"

"dah dah ma kata balik! tak reti ke nak balik?"

"Ok la ma,, alaaa" *mengeluh kecewa.

Tak sempat aku nak tembak kepala Iwan pakai pistol air.
7 petang ,kami berlima bersurai, sedikit kecewa sebab tak dapat main Polis entri lagi.

Zaman kanak kanak sungguh indah kan? *duduk termenung tepi tingkap.

Aku rindu zaman kanak kanak aku, korang pulak macam mana?

Sekian,

9 comments:

Unknown said...

rindu nak main galah panjanggggg. :(

Uzair said...

hahaha. memang best main polis entry ni.

1, 2, 3 STOP. *ayat mahal bila dh tangkap org :p

Unknown said...

blog anda telah di-review.. :)

http://akusukamembebel.blogspot.com/2011/05/segmen-review-chans-chatters.html

syakirahmn said...

best kowt zaman kanak kanak.
men galah pnjg @ toii mmg best.
pistol2 air jrg men.
tp polis entri mmg slalu sgt. hahah.
sbnrnya police and thief tp knapa kta pagey polis entri ha?? haha

;D

Anonymous said...

suke la bace ~ ingt kisah dolo2 ! :)

sweet2 je dlo,

Addin said...

rindu ~ :)

Chan said...

Eyfaa: Haha siyes saya pun rindu.
Mr stealth: Haha, kau ada ayat tu ke? aku takde kot. huhu
arif: Thanks yaw
Syakey: HAHA, aku rasa sebab kanak2 pelat. hehe
Deqja: Heeee, sama la kite
Miss Addin: Yup, i miss that time

Unknown said...

yana pon rindu jgak, time kcik2 la byk sgt pmainan..skunk neh dok tperap kt uma bhgn dapor..huhuk

Kyril said...

wahhhhh
syok syokkkkk :D
maen aci ligan pon best gak :)