Sunday, May 1, 2011

A promise

A and B bersahabat baik.

Tiada siapa yang berani mengacau bilaukan keakraban mereka.

Suatu hari.

Sedang mereka lepak di atas atap bangunan.

"B, kau percaya tak dalam kehidupan kita ni tak semua kekal?"

"Mestilah A, setiap yang hidup pun tak kekal kan? Kita akan mati juga."

B memandang A dengan penuh bermakna.

"B, kau masih ingat janji aku dekat kau?"

B mengangguk tanda dia masih ingat setiap patah perkataan A.

A memandang ke arah langit biru.

"B, kalaulah satu hari kau dengan aku gaduh, dan kita..."

belum sempat A habiskan kata kata dia B terus bangun

"A! ape kau merepek ni doe!"

A ketawa,

"B, aku just nak bagi andaian... kau jugak setuju dengan statement setiap apa dalam kehidupan ni tak kekal kan?"

B diam seribu bahasa.

"B, andaikanlah, lepas gaduh tu, aku tak contact kau langsung. Apa akan jadi kat kau?"

""Confirm aku jadi gila" kata B dengan sengih.

Dua sahabat tu ketawa.

"B, kalaulah mende tu betul betul jadi, then one day lepas bertahun tahun, aku muncul depan rumah kau, apa kau nak buat?"

"Aku buat buat tak kenal kau! HAHAHAH!"

A memandang B dengan serius, "Aku cakap serius lah!"

"Okay okay, mestilah aku sambut kau doe, mau menangis jugak aku depan tu"

A tersenyum.

"Tapi A, aku tak naklah persahabatan kita ni hancur lebur. Ingat janji kita okay?"

Janji A dan B.

"FRIENDS FOREVER UNTIL DEATH DO US APART"


Sekian.

2 comments:

sangat setia said...

eh, sedih plak. bc dr contest dba td. hurm,, g r luahkan :)

Amira Chan said...

@sangat setia

dah terlambat la.. :D