Thursday, February 10, 2011

bapak borek anak rintik

Kalau dulu tahun 80-an asrama ayah aku yang kena pecah masuk dengan perempuan now giliran aku.

 heh.

 Freaky.

Balik balik dari cuti, aku orang first sampai apartment,
 mak aku and aku bersama sama mendaki tangga 3, al maklumlah rumah kat tingkat 3.

 Aku bukak pintu rumah, letak apa yang patut.

Then mak aku tanya,

 "ni jam sapa ni kak?

" jarinya menunjuk ke arah atas meja aku.

Terletak elok atas kotak jam digital putih Menace aku(hadiah birthday abah bagi tahun lepas). Aku belek belek jam tu, sah jam laki berjenama Saint Polo, nampak mahal dan berkualiti. "bagus jugak tinggalkan jam gini" desis hati aku.

Aku angkat jam tu. tengok isi dalam kotak jam aku.. and...

  Ya Rabbi! Jam abah bagi tak de kat dalam tu.

Kelam kabut nak cari balik jam tangan digital aku.

 "mana pulak jam ni pergi?"gertak hati aku.

Aku penat dan akhirnya rebah atas katil.
Aku try lelap tapi baru tadi abah call tanya pasal jam yang dia bagi, macam tau tau je mende tu hilang.

 Aku fikir positif, "ahhh, maybe member member aku nak prank aku ni, kalau tak pun pinjam jam aku"

tapi sebaliknya berlaku, tak de sorang pun member aku kenal jam tangan Polo tu.

Aku syak budak kelas lain, so aku teruskan investigation (jadi macam Detective Conan),
Jam tu tunjukkan tarikh yang salah, 26hb, hari kejadian 6hb, ada klu ke disebalik tarikh ni? (mendagu lagak seorang detektif terhebat)

Tiba tiba Z kata, "baik kau report kat warden, risau aku"

"Kenapa?" jawab aku pelik.

Z, "takut ade romeo masuk rumah ni, and target kau"

Aku kerutkan muka, "gila ke ape? kalau muka aku lawa tak pe laah jugak, ke muka ayu gila macam Ayu ALL12 tu logiklah jugak"

aku call abah nak inform hal ni(selepas 2 hari berlalu).

Abah gelak, dia kata, "aii, macam zaman abah sekolah dulu je".


Kawan aku cakap, "macam Romeo lak, main panjat panjat nak bagi jam"

ade jugak cakap, "kalau orang barat, laki yang bagi jam dia kat perempuan tu maksudnya dia cop pompuan tu"

ade jugak bagi komen, "secret admirer kau kot, dia aim kau"

tapi aku tak fikir banyak, Allah tau apa yang jadi, aku tak berani komen lebih.

Aku call balik ayah aku, dia kata, "abah borek anak rintik" dan kedengaranlah suara gelak adik laki aku yang kuat gila. Ikhwan Ikhmal mesti bahan aku mati matian bila aku balik nanti. Itu for sure! T.T

p/s: manggalah rumah rumah anda dan janganlah tinggalkan barang berharga di rumah