Wednesday, May 11, 2011

Scary.

"weh semalam time aku nak pegi ATM yang terceruk tu kan aku ada terbau wangi gila weh"

"Belah lah kau entah entah lori sampah lalu pun kau kata bau wangi,"

"ngeklah, betul weh, time tu kul 2.00 pagi"

"Oh kau nak kata hannntuuuu la ni?"

Jie just angguk. 
Aku tak puas hati so aku ingat aku nak pergi ATM yang dikatakan terceruk plus "KERAS" tu.

2 pagi aku pergi bersama Jie. Jie terketar ketar dan bisik something dekat aku

"kalau kau terbau wangi jangan tegur, nanti dia muncul"

Tapi aku malas nak dengar nasihat dia, aku ada plan yang lagi best.

ATM terceruk plus keras yang diperbuat dari logam tinggal beberapa meter dari tempat aku diri.
2.15 am, menusuk bau wangian yang dikatakan Jie before kejadian. Jie dah peluk aku gara-gara kecut.

Aku?

Terus masukkan dua jari dalam lubang hidungku and separuh menjerit

"I AM INSULTING YOU!"

Jie hampir menjerit, 

"bodo, nanti dia muncullah, hisap darah kau baru kau tahu!"

Jie sungguh kolot, hantu mana hisap darah, kau ingat kita dekat Amerika Syarikat ke ada hantu hisap hisap darah? =,="

Akhirnya "dia" muncul,

Ya, terlopong Jie dengan aku dibuatnya. Dia muncul dengan harum semerbak dan berkata,

"Dik, saya jual minyak wangi One Drop, sebotol ni RM6 je, nak beli tak?"

Haram gila, pi jual perfume pagi pagi buta buang tabiat ka apa?

Sekian,


No comments: