Wednesday, June 15, 2011

Macam mana

Salam and well hello.

Harini aku nak bagi tips bagi kaum hawa yang lemah gemalai.

Ade sekali member aku tanya,

"Chan chan, macam mana nak jadi feminin and manja macam kau?"

Ok, pffft, bukan sekali dia tanya, berkali kali actually.
Reaksi aku,

"Ape bende kau cakap ni? Chan? Feminin? euwwwwwwwwwww~"



Hakikatnya beb, aku tak feminin. Highheels, gincu, eyeshadow, blusher dan bahan kimia untuk ditepekkan ke muka aku, itu bukan aku. 

Tapi takpela, disebabkan aku nampak feminin di mata kawan aku, aku sharelah tips.

Aku dah try sekali tips ni, and yes, ramai kata ianya terbukti berjaya!

1) pakai baju pink pink or baju yang warnanya soft. (jangan pakai yang striking sangat, gua pun tak larat tengok nanti)

2) pakai highheels, tapi jangan melampau tinggi, nanti terpelecok kaki korang jugak sakit.

3) Bagi yang bertudung, elakkan tudung selempang, itu menunjukkan kerockkan korang.

4) Korang nak tempek bahan kimia, up to korang, kalau aku, aku alergik, so takpayah pakai.

5) Bila gelak, korang jangan lah huhahuha siap bertumbuk berterajang, kita kena sopan, gelak pun gelak kecil and tutup mulut nak cover gigi.

6) jangan mencarut, nanti kantoi korang ni berjiwa hard core. (memandai je aku)

7) Pakai handbag, kalau rimas pegang jela purse ala ala girlish.


8) Korang lembik lembikkan badan korang ala ala jeli. 


9) Lowkan tone suara , dan lenggokkan tiap tutur kata, , silap hari bulan free free korang dapat jejaka yang cair dengan tone suara korang. (ecececeh)

dan.. hasilnya..

Taraa!

Kita tumpukan pada wanita wanita dalam gambar sahaja. Yang lelaki, ABAIKAN.
Okay, fine! aku tahu tak nampak feminin pun kan? kan? HAHAHAHA (sori aku mengecewakan korang)

Tapi at least aku menge"TRY". Ape macam? sanggup tak terima cabaran menjadi FEMININ gua?

Sekian

7 comments:

Simpleblanklife said...

HAHA aku tibe2 rasa nak support semua nih...lelaki kan memang suka yang ke 9 - 9 nih...:D

err...kalau follow, boleh dapat mata redup cam lu sekali tak? HAHA

Amira Chan said...

@Simpleblanklife

hahahaha! agaklaaa.. er? mata redup? gua pun taktahu lahhh. hehe

nadia ar-rumaisha said...

nice dear....so sweet...
sebenarnya, semua tu mengajar kita jadi org yg lebih bersopan....

meaw said...

no 8 tu,kekekekkeke........

Amira Chan said...

@nadia ar-rumaisha

betul.. kita kena jadi sopan :)

@meaw:

awat? hehe

ked khaydee said...

demm!!(opss,,trcarut lak..hahahaha)

ppt la x de laki yg nk kat aku..heehehe

:P

izyan yasmin said...

nice post babe :)