Thursday, June 16, 2011

Teknik memujuk

Salam and well hello.

Adik gua sudah gua selesaikan. (sambil sengih)

jadi mood pun stabil balik.

Jadi sillibus kita pada hari ini.

TEKNIK MEMUJUK

Pelajaran ini sesuai bagi semua perigkat umur, tak kisahlah dari budak setahun mahupun atuk nenek 75tahun. 

Gerenti! eh silap, InshaAllah berkesan.(sengih macam kerang wangi)


Kauorang mesti runsingkan kalau adik/awek/isteri/abang/suami/pakwe mula muncungkan muka mereka, or memalingkan wajahnya daripadamu.(eceh, layan jiwang kejap)

Usah gelisah! Aku ada formula rahsia untuk menghapuskan virus merajuk.

Harini, aku share untuk para jejaka ja, sebab kaum hawa dah banyak aku share tipskan?

Teknik korang semua kena betul, kalau tak perempuan yang korang try nak pujuk memang menyampah nak mampus dengan korang, so kalau tersilap langkah alamatnya BYE BYE.

So, berhati hati aku pesan.

1) Turunkan ego, cakap sorry and mengaku korang yang bersalah.

2) Takpayah tunggu supersavers or Hari dapat FREECALL sedunia, korang sepatutnya on the spot call minah merajuk tu.

3)Jangan tengking si gadis, nanti dia makin pissed off beb. Tak pepasal nanti free free dapat pelempang and air mata jernih mengalir di pipi depa.

4) Jangan buat muka kelat, nanti situasi makin tegang, korang trylah senyum tapi jangan senyum kambing, nanti orang sekeliling pun tak lalu nak menengok.

5) Usik usiklah sikit si gadis, contohnya,

"alalala, comelnya dia kalau merajuk, senyumnlah sikit ye?"
(guna suara macho korang, nanti konfem dia tersengih lebar)

6) Buat muka kesian korang, hati mereka lembut, so percayalah nanti cair jugak.

7) Beli teddy bear sebaiknya, kalau bunga hidup memang lah nampak romantik, tapi nanti layu dia buang jugak. Membazir je nanti. At least bear dia boleh simpan. (CAUTION: Jangan korang bantai bagi Bear hidup pulak)

8) Jangan buat muka blur, nanti dia ingat korang tak kisah pun dia merajuk.

9) Gunakan kepakaran bahasa melayu korang beb, jiwang karat sikit, karanglah syair or gurindam. (ni jangan ikutlah, merapu je ni)

10) Bagi yang muhrim, korang datang dekat, bisikkan nama dia, and then wat suprise, ciumlah dahi dia, usap kepala dia. Perempuan memang suka belaian manja. (Geli pulak bila aku baca balik)

Dah,! eh jap tertinggal lagi satu!

11) Berdoalah agar dia tak merajuk lagi (BHAHAHAHA sempat)

So, kalau tak berjaya, korang jangan cari gua. Korang menagis jelah terus depan perempuan tu, nanti dia jugak malu tengok korang menangis. Last last nanti dia yang pujuk korang.

Itu saja bebelan merapu gua,

Wahai kaum perempuan, korang nak jugak ke tips?

Sekian,
CHAN
(Gua still tak dapat lappy jadi takde autograph lagilah, sori yee)

8 comments:

ShafiqHashim said...

Nie Tips Untuk Orang hangat Bercinta..Xmau Comment..

shiema sufian said...

wah wah wah.

Aisyah Aina said...

malas betul nak pujuk orang yang tengah merajuk ni....orang yang sabar je boleh :P

Simpleblanklife said...

hehehe tiba2 rasa macam semua ni kepakaran aku lak. haha
tak adanya, payah woo nak pujuk si gadis ni...sampai sakit hati balik dibuatnya..sabo jela...

*tidow lambat pun kena marah?? nak buat camne kan, bila hati dah sayang...keh3...

Nour Akmal said...

prmpuan klu merajuk tu biasa lah..
laki pula kne pndai pujuk..huhu
nice tips..=)

aLieF si Muncung ManiS said...

haha..saya tak bercinta la.tapi saya akan apply time saya bercinta nnti..hehe..:O

Zinedine Zaiddin said...

Kalau dia muhrim, tak jadi pakwe makwe lar =.=

Amira Chan said...

Sorrylah tak sempat nak mebalas komen korang. huhuhu.

haa, yang sal muhrim tu, namanya suami isteri lah. :P