Monday, July 11, 2011

Cita cita si anak kecil

Salam,

memandangkan aku dah lamaaa gila gila tak update,
maka aku pilih tajuk ini untuk update.

Aku terjumpa tajuk ini dekat belog si Sarjan keroro.

Maka aku imbas kembali kenangan aku kecil kecil dahulu.
Bila mak aku tanya, aku nak jadi apa,

Aku jawab,
"akak nak jadi sailormoon,"

Tapi itu masa zaman tadika lah, then bila naik sekolah rendah, aku mula berfikir secara rasional. Aku nak jadi dentist.

Sebab apa?
Kalau ikut betul, aku trauma pi klinik gigi.
Teruknya trauma aku, jangan katalah, siap sepak terajang ayah aku woh.
Ketap bibir sebab taknak doktor tengok gigi aku pa bagai.

Tapi bila sampai satu tahap, ayah aku bawak pi satu klinik dekat Senawang Seremban, atas Seven eleven.

Aku terus teruja tengok dentist yang cabut gigi aku tu. Hensem gila! (mak aih, kecik kecik dah gatal)
Bukan takat hensem gila, perangai pun molek je. Siap kata batuk aku comel. (blushing)

Paling tak boleh tahan, dia suka senyum dekat aku and bagi aku hadiah berus gigi disney and ubat gigi Kodomo Lion.

Logik tak? Nak jadi dentist sebab doktor gigi aku hensem and baik gila nak mati. (zaman kanak kanak memang sangat tak logik)

Then, bila dah besar panjang ni, aku gugurkan ayat GIGI. Aku nak jadi DOKTOR je.
Sebab aku tak sanggup menghadap gigi orang sepanjang hidup dewasa aku.

Sekian,

4 comments:

Mish Apple said...

nk jugak tgk dokter tu .

Amira Chan said...

@Mish Apple.
hahaha saya pun dah lama xtgk die

L Y N said...

hahhaa.. doktor gigi asyik menghadap gigi org je.. lau doktor asyik menghadap org sakit :P

Amira Chan said...

@Lyn

doktor ada gak tgk org yang bajet2 sakit. hehe